PENDAFTARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM 2026 (CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU)


PENDAFTARAN JUN


1. Pendaftaran STPM 2026 ini dibuka untuk calon persendirian individu sahaja.

2. Calon yang mendaftar pada Semester 1 boleh memilih menduduki peperiksaan seperti pilihan berikut :- 

  1. Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 STPM 2026.
  2. Semester 2, Semester 3, dan Ulangan Semester 1 STPM 2026.
  3. Semester 3, Ulangan Semester 1 dan Ulangan Semester 2 STPM 2026.


3. Calon yang memilih pilihan 2 dan pilihan 3 dikehendaki membuat kerja kursus mengikut semester penawaran kerja kursus mata pelajaran tersebut. (Sila rujuk kalendar kerja kursus di portal mpm).

4. Calon akan menduduki kertas alternatif bertulis untuk menggantikan kerja kursus bagi mata pelajaran yang menawarkan kertas alternatif bertulis. Bagi mata pelajaran yang tidak menawarkan kertas alternatif bertulis, calon dikehendaki membuat kerja kursus mengikut semester penawaran kerja kursus mata pelajaran tersebut.

5. Calon yang mendaftar kurang daripada empat mata pelajaran tidak akan memperoleh PNGK dalam keputusan STPM. Pengiraan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) adalah berdasarkan purata nilai gred bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

6. Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan

7. Calon hendaklah merujuk kepada Kalendar STPM 2026 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh Peperiksaan STPM 2026.

8. Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

9. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN.



PENDAFTARAN JANUARI

1. Pendaftaran STPM 2026 ini dibuka untuk calon persendirian individu sahaja.

2. Calon yang mendaftar pada Semester 2 boleh memilih menduduki peperiksaan seperti pilihan berikut :-

  1. Semester 2, Semester 3, dan Ulangan Semester 1 STPM 2026.
  2. Semester 3, Ulangan Semester 1 dan Ulangan Semester 2 STPM 2026.


3. Calon akan menduduki kertas alternatif bertulis untuk menggantikan kerja kursus bagi mata pelajaran yang menawarkan kertas alternatif bertulis. Bagi mata pelajaran yang tidak menawarkan kertas alternatif bertulis, calon dikehendaki membuat kerja kursus mengikut semester penawaran kerja kursus mata pelajaran tersebut.

4. Calon yang mendaftar kurang daripada empat mata pelajaran tidak akan memperoleh PNGK dalam keputusan STPM. Pengiraan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) adalah berdasarkan purata nilai gred bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

5. Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan .


6. Calon hendaklah merujuk kepada Kalendar STPM 2026 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh Peperiksaan STPM 2026.

7. Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

8. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN.


PENDAFTARAN CALON MEMPERBAIKI KEPUTUSAN STPM 

Pilihan 1

1.Mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM tahun semasa secara keseluruhan bagi mendapatkan keputusan/Sijil STPM yang baharu mengikut peperiksaan tahun semasa (kaedah sedia ada seperti pada perenggan 4)

2.Calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM tahun semasa dan boleh mendaftar maksima sehingga lima mata (5) pelajaran. Sekiranya mendaftar empat (4) atau lima mata (5) pelajaran (termasuk mata pelajaran Pengajian Am), Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan Sijil STPM adalah mengikut tahun semasa. Sekiranya mendaftar satu (1) hingga tiga (3) mata pelajaran sahaja, tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan Sijil STPM adalah mengikut tahun semasa tanpa PNGK.

3. Calon akan menduduki STPM 2025 semasa peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.

4. Calon hendaklah merujuk kepada Kalendar STPM 2025 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh Peperiksaan STPM 2025.


PENDAFTARAN CALON MEMPERBAIKI KEPUTUSAN STPM 2024 SECARA TAMPAL (PATCHING)

Pilihan 2

1.Calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa tetapi hanya dibenarkan mendaftar maksima sehingga tiga (3) mata pelajaran dalam peperiksaan tahun semasa. PNGK adalah berdasarkan gabungan keputusan mata pelajaran dalam peperiksaan tahun sebelum dengan keputusan mata pelajaran tertentu yang didaftarkan untuk diperbaiki pada tahun semasa. Tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan Sijil STPM adalah mengikut tahun sebelum (asal).

2. Calon yang hendak mendaftar untuk memperbaiki keputusan STPM 2024 secara tampal boleh  merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan

3. Calon akan menduduki peperiksaan Semester 1 (Patching), Semester 2 (Patching), dan Semester 3 (Patching).

4. Calon hendaklah merujuk kepada Kalendar Peperiksaan Patching STPM 2024 dan Jadual Waktu Peperiksaan Patching STPM 2024 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh Peperiksaan Patching STPM 2024.


Copyright © 2021-2022 Majlis Peperiksaan Malaysia. All Rights Reserved. | version 0.2.